Assalamualaikum. Apa khabar kawan kawan Fiza kat luar sana? Fiza doa semuanya sihat sejahtera belaka. Fiza kat sini masih lagi batuk2, namun dah agak berkurangan berbanding minggu lepas. Alhamdulillah. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa.
.
Minggu lepas memang minggu ujian buat Fiza dan suami. Pada mulanya suami Fiza mengadu telinga kanannya berdengung dan lama lama makin tak dengar apa2. Risau juga dan kami search kat google apa puncanya. Dari pembacaan, ianya berpunca dari selsema yang berpanjangan. Owh memang pun dia ada selsema, masa tu almost 2 minggu his running nose belum baik2 lagi. Tapi tak sangka sampai effect ke telinga. Keesokkan tu suami Fiza pergi dapatkan rawatan di klinik panel yang biasa kami kunjungi, doktor refer ke pakar ENT since hari tu pendengaran sebelah telinganya makin berkurangan.
Kami pergi ke Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital. Di sana, pakar ENT membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati mukus daripada selsema masuk ke dalam telinga (sangat banyak sampai dah jadi berkeping2 kat dalam telinga). Itulah punca berlakunya blockage sehingga mengganggu pendengarannya. Doktor suruh admit ke ward untuk diberi ubat dan rawatan lanjut.

Alhamdulillah hanya admit 2 hari sahaja di wad dan selepas tu dah boleh pulang. Lega sikit rasa hati ni sebab kat rumah masa tu anak Fiza, Balqis demam pula. Kali ni demamnya dah masuk 3 kali dalam masa 2 minggu. Owh gundah gulana sungguh hati ni masa tu. Dengan suami tak baper sihat, anak pula demam, batuk dan selsema. Fiza juga masih batuk batuk. Keadaan Balqis makin menggusarkan selepas selsemanya bertukar warna hijau pekat dan matanya mula bertahi (sangat banyak). Malam tu terus bawa Balqis ke klinik panel. Doktor juga terus buat ref letter suruh jumpa paed KTS.
Keesokkan paginya terus bawa Balqis ke KTS. Masa tu suhu badannya 38.8 degree. Tapi Balqis still active. Masa jumpa doktor, dia kata Balqis dah terkena jangkitan paru2 dan minta Balqis buat xray untuk pengesahan lanjut. Dalam hati dah risau ni, mesti something not good la ni sampai kene xray bagai. But dalam hati keep berdoa supaya keadaan Balqis baik2 sahaja.

Balqis menangis lepas xray
Lepas dapat result xray, doktor tunjuk kat kami keadaan paru2 Balqis yang dijangkiti kuman. Both paru paru kanan dan kiri dijangkiti kuman dan perlu admit ke wad untuk rawatan lanjut. Allah ujian apakah ini? Suamiku baru sahaja keluar dari wad, kini anakku pula. Dah la Fiza ada seminar IMKK dr Azizan Osman kat Kuala Lumpur pada 3,4,5 Feb tu, ikutkan plan, kami akan ke KL pada 2 Feb tu. Balqis admit ke ward 1 Feb. Bila kutanya doktor, berapa lama perlu admit, mau pengsan bila doktor kata at least 3 hari. Dalam kepala ligat fikir untuk cari penyelesaian masalah ni. Seminar IMKK Dr Azizan Osman kat KL tu cost RM 1300 dan Fiza dah buat semua pembayaran sebulan sebelum seminar tu lagi (sangat bersemangat nak tambah ilmu dari DAO).
Tapi Fiza keep on positive thinking. Bagi Fiza, setiap yang Allah bagi, lebih bail dari apa yang kita rancang. Alhamdulillah, isu seminar tu dapat diselesaikan. Yang penting, anak tetap menjadi keutamaan. Apatah lagi dengan keadaan dia yang kurang sihat memang memerlukan perhatian yang lebih dari mamanya.

Balqis menangis mula2 ambil nebulizer

Tertidur selepas ambil nebulizer

Umpan Ipad pujuk Balqis ambil nebulizer

Tgh sakit pun, tetap ceria, itulah Balqis

Dah ok amik nebulizer, Balqis
nak pegang sendiri. Tak nak mama atau abah tolong lagi. Good girl sangat anak mama.

banyaknya jumlah ubat yang balqis telan hari hari kat hospital

Balqis yang sentiasa ceria, sentiasa menggembirakan mama dengan abah. Ni malam terakhir kat hospital. Mulut comot makan biskut Oreo
Hari ke 4, Balqis telah dibenarkan pulang. Alhamdulillah, hari ke hari sehingga ke hari ni, kesihatan Balqis
semakin baik. Balqis cergas, aktif dan comel seperti biasa. Pendengaran abah Balqis pun dah ok. Bloackage telinganya dah sembuh. Alhamdulillah. Itulah kisahnya seminggu Fiza berkampung kat KTS hospital. Insya Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya untuk kami sekeluarga.